Syaa Hii Rawr
And I continue to write the love story...
Sunday, May 25, 2008


Alright. Since I will be having Mother Tongue O level tomorrow, I will update my post in malay language. Somesort like a malay composition. hahaha. So here it goes.




[ Perasaan yang tidak dapat ku duga ]

Aku sedar bahawa aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari dosa. Dosaku ini seluas padang pasir. Aku benci apabila perasaanku sedang bermain-main dengan diri aku. Aku rasa seperti seorang manusia yang hilang akal. Fikiranku berkecamuk. Hatiku ini bagaikan dihiris dengan pisau. Entah mengapa aku asyik rasa hendak menangis tanpa sebarang sebab. Aku hairan. Mungkin, jika aku ada sebab untuk menangis, sebab-sebab yang akan aku beri tidak munasabah. Aku sedih bercampur marah.
Fikiranku asyik melayang jauh, jauh entah kemana. Senyumanku, tawaku dan keceriaanku hilang. Aku senang merajuk dan cemburu. Mungkin inilah tanda-tanda seorang perempuan yang sedang datang haid. Aku benci dengan perasaan ini. Aku tidak dapat kawal perasaanku kerana ia telah mengawal diriku.
Airmataku bergenangan sejak petang tadi tetapi aku kuatkan semangatku dan kesat air mata yang sedang berlinangan. Tiada siapa pun yang tahu apa aku sedang mengalami sekarang. Sungguh perit untukku menelan segala perasaan yang sedang mengelilingi aku. Ingin sahaja aku teriak dengan sekuat-kuat hati aku. Mungkin itu dapat melegakan hati aku ini.
Aku sedang bersabar. Kesabaranku telah menjangkau had yang paling terakhir sekali. Inilah hidup. Penuh dengan rintangan. Aku harus tegas untuk melawan segala rintangan yang boleh manjatuhkan semangatku untuk hidup. Hidup ini ibarat ombak, ada pasang dan surutnya.
Haiz. Alangkah indahnya jika aku dapat menentang segala perasaan ini. Aku inginkan pelukan seseorang insan untuk melembutkan hati yang panas ini, sepasang telinga yang sudi untuk mendengar segala aduanku ini. Akan bisa lebih baik jika aku dapat meluangkan masa aku dengan orang yang aku cinta, hanya aku dan si dia. Tetapi aku tidak ingin mengharapkan itu semua. Aku ingin berdikari. Dengan doa dan solat aku harap ia dapat kembalikan keceriaanku semula. Insya'allah.
Dengan itu, aku akhiri " post " aku dengan memberi salam. Assalammualaikum.
Oh well. That is how I describe my feelings in malay. I know that it's pathetic but at least I tried. Hahahahahahaha. I could have describe it better if I were to use english language, but since tomorrow is Mother Tongue O level, I think I should try to write it in malay in order for me to get the feeling of writing composotion tomorrow. To all Mother Tongue O level candidates, I would like to wish you guys good luck! hahahahaha. mcm orang bace nie blog gitu...lol. Haizz, I must be strong.
THE END.



6:23 AM
Yours truly.